Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

06 November 2009

Lawatan PPD

Sebenarnya En3 ni dah lama nak dipostkan  tp faham2 lah kena peram dulu sebab byk benda yg perlu diselesaikan.. Pada 17 0gos 2009 yang lalu Penyelia Kanan 1 dari PPD KMY telah datang ke kelas kami untuk pemantauan..Pegawai tu ialah Pn. Paridah bt Yahaya..baik dan peramah orangnya, malah kami tidak kekok untuk berbicara dengan beliau. Lawatan tu mengejut..kami semua tidak diberitahu..tp x pe..apapun hari tu semuanya ditanggung beres. Murid-murid waktu tu tengah bersiap sedia untuk kudapan..so, semuanya masing-masing sibuk nak tahu sapa yang mai...Nasib lah bebudak ni x buat hal..kalau tak 'jenuh' jugak kata org kedah! Apa yang ditengok? Biasala..fail2, keceriaan, dan sekeliling kelas..kata Pn Paridah.."Terima Kasih cikgu..semuanya OK..tahniah!" Heee..hee kembang semangkuk rasanya!! Beliau mencatat penilaian pada sekeping borang dan menyerahkannya kepada aku..Alhamdulillah semuanya OK dan mendapat komen yang memberangsangkan..insyaallah akan dipertingkatkan lagi utk tahun2 akan datang.. Inilah borang penilaian yang diberikan: 


Selepas memantau di dalam kelas..Pn Paridah mengajakku melawat ke bangunan baru prasekolah yang bakal kami duduki kelak..beliau kagum dengan rekaannya kerana ianya luas dan mempunyai ruang yang sangat sesuai..katanya.."Cikgu..cantik kelas ni..nanti buatlah yang terbaik..mudah2an jadi sekolah contoh nanti!"...fuuuuu...berat jugak rasanya..mana xnya..macam kelas baru nak tubuh la..semua nak kena buat baru..macam2 lak tu...tp x apa tu cabaran yang perlu disahut kan...itulah kerja cikgu pra..sapa kata cikgu pra banyak rileks?? Acu cuba try test..haah baru tau!! bak kata Nabil..Luu Pikir Laa Sendiriiii...



Entah apa yang dibualkan....

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan