Pada 8-11 November 2009, kami semua guru2 prasekolah Kuala Muda Yan dipanggil untuk berkursus di EDC, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus ini adalah untuk mendedahkan kami kepada kurikulum baru yang bakal kami gunakan pada tahun 2010. Kursus selama 4 hari 3 malam ini sangat2 bermakna dan membantu kami kerana KSPK sangat2 baru dan kami belum mengetahui apakah perubahan2 tersebut. Setelah diberi pendedahan...waaaa...rupanya banyak yang berubah dan semakin sukar...mmmm..nampaknya beban guru2 pra semakin bertambah. Masa pembelajaran tidak lagi 3 1/2 jam seperti selalu tetapi telah bertambah menjadi 4 jam!! Kaedah pengajaran juga berubah..dan yang agak menyenangkan ialah kita boleh mengajar basic abjad dan nombor sehinggalah murid2 benar2 menguasainya dan barulah kita beralih kepada tema...itu nampak sedikit ringan tapi yang lain2 tu lah yang beratnya..adussss!! Sabar jelah wahai guru2 prasekolah...itulah tanggungjawab namanya. Disini serba ringkas tentang KSPK yang baru tu...
6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
Slide 1
Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:
Slide 1
REKABENTUK KURIKULUM
Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :
1. Kurikulum berasaskan standard
2. Kurikulum berbentuk modular
Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.
Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.
2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)
- Tunjang Komunikasi
- Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Tunjang Kemanusiaan
- Tunjang Sains dan Teknologi
- Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
- Tunjang Ketrampilan Diri
- Membaca
- Menulis
- Mengira
- Menaakul
Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010
MODUL | % Peruntukan Masa | ||
TERAS ASAS | BAHASA | BM | Fleksibel (Awal tahun: 35 % Akhir tahun: 25%) |
BI | |||
BC/BT | |||
MATEMATIK | |||
AKTIVITI LUAR | |||
PEND. ISLAM / MORAL | |||
BERTEMA | MODUL BERSEPADU | Fleksibel (Awal tahun: 35% Akhir tahun: 45%) | |
AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI (baca doa, makan, refleksi) | 30% |
Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:
Bil. | Bahasa Instruktional | Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya: (minit) | |
Bahasa Malaysia | Bahasa Pengantar lain | ||
1 | Bahasa Malaysia | 600 | 400 |
2 | Bahasa Inggeris | 600 | 400 |
3 | Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris | 400 | |
JUMLAH | 1200 | 1200 |
Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :
Slide 1
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :
Slide 1
* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Setakat ini dulu...untuk lebih detail tunggu en3 yang seterusnya.. kepada guru2 pra..jeng3.jangan terkejut ya!! Sabar jer laaaa...
Bil. | Modul | Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit) | |
Dijalankan dalam BM | Dijalankan dalam BI | ||
1 | Rutin pagi | 30 | 20 |
2 | Perbualan Pagi | 60 | 40 |
3 | Rehat | 90 | 60 |
4 | Refleksi sebelum balik | 30 | 20 |
5 | Modul Teras Asas Bahasa Malaysia | 90 | |
6 | Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM | 100 | |
7 | Modul Teras Asas Bahasa Inggeris | 90 | |
8 | Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI | 330 | |
9 | Pendidikan Islam/Pendidikan Moral | ||
10 | Aktiviti Luar | 40 | 40 |
11 | Matematik | 40 | |
Jumlah minit seminggu | 600 | 600 |
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :
Bil. | Bidang Pembelajaran | Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM (minit) | |||
Dijlnkan dlm BM | Dijlnkan dlm BI | Dijlnkan dlm BC/BT | Jumlah | ||
1 | Rutin pagi * | 10 | 20 | 20 | 10 x 5 = 50 |
2 | Perbualan Pagi | 20 | 40 | 40 | 20 x 5 = 100 |
3 | Rehat | 30 | 90 | 30 | 30 x 5 = 150 |
4 | Refleksi sebelum balik | 10 | 20 | 20 | 10 x 5 = 50 |
5 | Modul asas BM | 90 | 90 | ||
6 | Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM | 200 | 200 | ||
7 | Modul asas BI | 90 | 90 | ||
8 | Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI | 140 | 140 | ||
9 | Modul asas BC/BT | 90 | 90 | ||
10 | Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam | 120 | 120 | ||
11 | Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI) | 40 | 40 | 80 | |
12 | Matematik | 40 | 40 | ||
Jumlah minit seminggu | 400 | 400 | 400 | 1200 |
* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Setakat ini dulu...untuk lebih detail tunggu en3 yang seterusnya.. kepada guru2 pra..jeng3.jangan terkejut ya!! Sabar jer laaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan