Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

06 November 2009

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Kedah

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 1 November baru2 ini di SK Bandar Darulaman Jitra, Kedah. Seawal jam 7.00 pagi aku sampai di PPD KMY untuk menaiki bas ke sekolah tersebut. Ingatkan aku orang yang terakhir rupanya..aku orang ketiga terawal..rupanya anak muridku sampai dulu..waaahhh semangat betul!! Kata atuknya..Irdina x sabar2 lagi nak pergi..pukul 5.45pg dah bangun!Tunggu punya tunggu sampai semua org dah ada tp batang hidung bas pulak x nampak2...jam nenunjukkan dah hampir 7.45pg..semua orang dah risau..mana taknyer sekolah tu jauh! Akhirnya jam 7.50 bas sampai dan kami semua bergegas menaiki bas..aku pulak baru dimaklumkan oleh JU selaku penyelaras kontinjen, yg sekolah kami mendapat giliran no.1!!! Alamak...kantoi..irdina x sempat dimakeover lagi ni...camna??? So, bas jalan jer aku mulakan proses makeover la..yg mana leh touch up aku godek jer..irdina plak sporting..ok jer diam macam patung!! Siap tanya dulu.."nape kita kena makeup kalut2 cikgu?" Ye la kita kena no.1..Dina!."Haaa!...ala x per la cikgu Dina nak hafal lama dah..." Sejuk rasa hati aku dengar Irdina kata cam2..
Sampai saja kat sekolah tu aku bawa Irdina terus ke bilik persalinan..satu lg masalah pulak! Cari bilik x jumpa...akhirnya aku pujuk Irdina tukar cam2 jer..makeup tambah sikit dan terus ke kelas prasekolah..dimana pertandingan story telling diadakan. Pukul 9.30 pertandingan dimulakan..Seronok juga tengok budak2 kecil ni bercerita..petah2 semuanya..siap dengan pelbagai jenis kostum..ada tu yg sampai tuannya pun tenggelam dek kostum yg terlampau besar...he3..1 jam selepas itu, keputusan diperolehi..dan Irdina hanya mendapat Saguhati...huuuuu..kesian dia.. sambil terpinga2 dia bertanya..."Kenapa saya dapat saguhati cikgu?" Aku nak jawab camna yer..??? Mungkin rezeki x menyebelahi kita Dina..x pa kita cuba lagi lain kali...Johannya dari Daerah Kota Setar dan Naib Johan serta tempat ke-3 dari Padang Terap.
Ini antara memori yang sempat di'clik'..oleh lensa kameraku..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan