Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

13 November 2009

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 8-11 November 2009, kami semua guru2 prasekolah Kuala Muda Yan dipanggil untuk berkursus di EDC, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus ini adalah untuk mendedahkan kami kepada kurikulum baru yang bakal kami gunakan pada tahun 2010. Kursus selama 4 hari 3 malam ini sangat2 bermakna dan membantu kami kerana KSPK sangat2 baru dan kami belum mengetahui apakah perubahan2 tersebut. Setelah diberi pendedahan...waaaa...rupanya banyak yang berubah dan semakin sukar...mmmm..nampaknya beban guru2 pra semakin bertambah. Masa pembelajaran tidak lagi 3 1/2 jam seperti selalu tetapi telah bertambah menjadi 4 jam!! Kaedah pengajaran juga berubah..dan yang agak menyenangkan ialah kita boleh mengajar basic abjad dan nombor sehinggalah murid2 benar2 menguasainya dan barulah kita beralih kepada tema...itu nampak sedikit ringan tapi yang lain2 tu lah yang beratnya..adussss!! Sabar jelah wahai guru2 prasekolah...itulah tanggungjawab namanya. Disini serba ringkas tentang KSPK yang baru tu...

REKABENTUK KURIKULUM
Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :
1. Kurikulum berasaskan standard 
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)
 

6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid2 prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M. 4M tersebut ialah :
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010

Slide 1
MODUL
% Peruntukan Masa
TERAS ASAS
BAHASA
BM


Fleksibel
(Awal tahun: 35 %
Akhir tahun: 25%)
BI
BC/BT
MATEMATIK
AKTIVITI  LUAR
PEND. ISLAM / MORAL
BERTEMA
MODUL BERSEPADU
Fleksibel
(Awal tahun: 35%
Akhir tahun: 45%)


AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI 
 (baca doa, makan, refleksi)
30%

Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:

Slide 1
Bil.
Bahasa Instruktional
Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:
(minit)
Bahasa Malaysia
Bahasa Pengantar lain
1
Bahasa Malaysia
600
400
2
Bahasa Inggeris
600
400
3
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris


400


JUMLAH
1200
1200

Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Slide 1
Bil.
Modul
Peruntukan Masa Seminggu untuk  prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)
Dijalankan dalam BM
Dijalankan dalam BI
1
Rutin pagi
30
20
2
Perbualan Pagi
60
40
3
Rehat
90
60
4
Refleksi sebelum balik
30
20
5
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
90


6
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM    
100


7
Modul Teras Asas Bahasa Inggeris


90
8
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI


330
9
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral




10
Aktiviti Luar
40
40
11
Matematik
40


Jumlah minit seminggu
600
600

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :

Slide 1
Bil.
Bidang Pembelajaran
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM
(minit)
Dijlnkan dlm BM
Dijlnkan dlm BI
Dijlnkan dlm BC/BT
Jumlah
1
Rutin pagi *
10
20
20
10 x 5 = 50
2
Perbualan Pagi
20
40
40
20 x 5 = 100
3
Rehat
30
90
30
30 x 5 = 150
4
Refleksi sebelum balik
10
20
20
10 x 5 = 50
5
Modul asas BM
90




90
6
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM
200




200
7
Modul asas BI


90


90
8
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI


140


140
9
Modul asas BC/BT




90
90
10
Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam




120
120
11
Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)
40


40
80
12
Matematik




40
40
Jumlah minit seminggu
400
400
400
1200

* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Setakat ini dulu...untuk lebih detail tunggu en3 yang seterusnya.. kepada guru2 pra..jeng3.jangan terkejut ya!! Sabar jer laaaa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan