Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

18 Oktober 2010

Mesyuarat Pemilihan Murid Prasekolah Sesi 2011

Alhamdulillah...selesai sudah salah satu tugas utamaku di penghujung tahun 2010 ni..pemilihan telahpun dibuat pada 17 Oktober 2010. Jawatankuasa Pemilihan terdiri daripada :

(i)   Pengerusi - Guru Besar
(ii)  Penolong Kanan Kurikulum/Hal Ehwal Murid/Kokurikulum
(iii) Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(iv) Guru Prasekolah

Daripada seramai 58 permohonan, pihak jawatankuasa telah sebulat suara dan telah meneliti kesemua syarat-syarat kelayakan, maka 50 orang murid telah siap dipilih! Alhamdulillah sesi pemilihan berjalan dengan lancar. Kepada murid yang berjaya kami ucapkan TAHNIAH!! dan "Selamat Datang Ke Prasekolah SK Bedong". Permohonan kemasukan kali ini amat menggalakkan..mungkin berkat usaha kami mempromosikan kelas..hehehe...
Kepada waris yang anaknya terpilih...pihak kami akan menghubungi pihak tuan/puan secepat yang mungkin...dan kepada yang tidak berjaya..pihak kami memohon maaf...mungkin bukan rezeki anak anda untuk berada di sini....CUBA lagi lain kali...

Jumpa nanti di hari pendaftaran dan taklimat waris!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan