Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

24 Ogos 2009

Cuti Sekolah Bermula....

Assalamualaikum..
Dah lama tak tambah en3...sibuk macam2 urusan.. Cuti sekolah dahpun bermula dan bersama-sama dengan sambutan kedatangan Bulan yang mulia..Ramadan Al-Mubarak.. Hari ini seharian tadi aku berada di sekolah..menguruskan hal2 yang perlu disiapkan sehinggalah jam 5 petang. Balik jer dari sekolah..apa lagi kerja2 di dapur la pulak..mmmm..maklumlah waktu cuti ni jadilah surirumah sepenuh masa!! Hee..Hee.. Aku memasak makanan untuk juadah berbuka bersama-sama dengan bonda tercinta.. Malam hari pulak setelah selesai memenuhi keperluan wajib/sunat aku meneruskanlah tugas2 lain yang dah lama aku tangguhkan....jeng..jeng..jeng..mengubah skin pada blogku ini..Sebenarnya aku ni bukan expert bab2 ni..pakai letak jer la..janji wajah bertukar..biar segar biji mata ni..

Apapun..kepada rakan-rakan blog.. " Selamat Menjalani Ibadah Puasa" dan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan segala amalan yang kita lakukan diberkati dan diterima olehNya..amin
Sekian dulu untuk malam ini..ngantuklaaaa..nak bangun sahur pulak!! Daaaa







Tiada ulasan:

Catat Ulasan