Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

28 Ogos 2009

1 MALAYSIA

1 Malaysia....usaha negara kita yang murni..sama2 kita realisasikan...dan nyanyikan lagu ini bersama anak2 prasekolah kita...


Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia


Chorus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia


Ulang chorus (4x)
Satu Malaysia untuk semua

27 Ogos 2009

Sambutan Bulan Patriotisme SKB

Assalamualaikum...
Entri ni sepatutnya dipostkan pada minggu lepas tetapi memandangkan banyak perkara yang perlu dibereskan dulu, maka ia terpaksa ditunda. Rasanya belum terlambat lagi kerana bulan ini masih lagi bulam kemerdekaan. Ok lah...pada 20 Ogos 2009 sekolah kami telah mengadakan sambutan bulan patriotisme sempena dengan sambutan kemerdekaan ke 52. Kelasku tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut. Murid-muridku diminta untuk membuat persembahan Pakaian Beragam...Sebelum tiba hari yang dinanti murid-muridku macam biasalah...setiap hari bertanyakan aku.."Cikgu..esok ke kena pakai baju lawa2 ke?" Bila dijawab bukan esok.. masing2 mengeluh..yer la kawan dah tak sabar nak jadi model..kadang2 tu sampai parents pun dok asyik call cikgu sebab anak2 mereka dok bagitau suruh beli baju baru la ....mmmm..macam2 karenah budak2 ni..siap tu kata nak pakai baju raya yang mak beli lagi..Jom lah kita tengok apa cerita budak2 ni pada hari tersebut..dan nak jadi cerita pulak..waktu murid2ku ni nak buat persembahan..cikgunya pulak terpaksa keluar dari sekolah sebab menghantar murid tahun 4 yang tiba2 jatuh sakit! Jadi tak dapatlah tengok karenah depa..cuma nasib baik ada PT sekolah yang membantuku menambil gambar budak2 tu..thanks Ima!
Cikgunyer pun nak posing sama dengan anak muridnya laaa...
Murid2 perempuanku ini dah x sabar2 nak tunjuk fesyen ni...
Yang ini geng lelakinya..machooooooo tak??? Afiq tu siap pakai bendera kat badan buat selempang..semangat patriotik yang tinggi..bagus Afiq Izzudin!!
Tibalah giliran GB kami Pn. Asmawati bt Ahmad untuk mendeklamasikan sajak ciptaan beliau sendiri..Cayalah GB kami yang sporting ni!!
Bermulalah acara pakaian beragam mereka..dimulai dengan adik Aina Izzati dengan Jubah Seluarnya..
Yang ini adik Nuradzrin Hakima..malu-malulah pulak dia...heeee
Yang ini adik Nurul Najwa..Wow! Seksinya dik..macam artis ler pulak!!
Aiiya!! Ini amoi mali mana??? He..hee ini adik Irdina Iman dengan tema pakaian masyarakat Cina..Cheongsam..
Adik Dayana Dafina Mehtab dengan gaun ala-ala Inggeris gitu..
dan inilah antara barisan model2 permata bestari skb...cayalah!!
Ini giliran cikgunya la pulak..dapat hadiah daripada GB..bendera 'Jalur Gemilang'..ni nak kena letak kat kereta la..baru semangat kan!
Acara terakhir pada majlis tersebut..murid2 menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dengan penuh bersemangat sekali..
Sekian dulu..

PTK

Salam semua..
Hari ni aku buat pertama kalinya menjalani peperiksaan PTK..rupa-rupanya bukan semudah yang disangka..soalan2 banyak yang menguji minda..dan kita terpaksa memilih 2 jawapan yang hampir sama..membuatkan kita jadi keliru...aku mengambil kertas umum dan khusus dalam P&P..perjalanan ke tempat exam punyer la jauh..terpaksalah aku keluar dari rumah seawal yang mungkin..bukan apa takut stuck kat jalan jer..pas tu aku bukannya biasa dengan sekolah tu..aku x kenal pun jalan nak ke sana..tp semalam suamiku yang baik hati tu sudi menemaniku ronda2 mencari sekolah SMK Merbok tu..jauh nyer mak ooi..lepas jer habis exam aku ke sekolah..menyiapkan kerja2 yang mana perlu..sambil tu aku temankan PT dan PPM ku..Apapun..doakan aku berjaya dalam exam tadi...amin..
Jumpa lagi...Kat sini ada doa untuk kita amal semua...jangan lupa ya!!
Adios kawan2!!







24 Ogos 2009

Cuti Sekolah Bermula....

Assalamualaikum..
Dah lama tak tambah en3...sibuk macam2 urusan.. Cuti sekolah dahpun bermula dan bersama-sama dengan sambutan kedatangan Bulan yang mulia..Ramadan Al-Mubarak.. Hari ini seharian tadi aku berada di sekolah..menguruskan hal2 yang perlu disiapkan sehinggalah jam 5 petang. Balik jer dari sekolah..apa lagi kerja2 di dapur la pulak..mmmm..maklumlah waktu cuti ni jadilah surirumah sepenuh masa!! Hee..Hee.. Aku memasak makanan untuk juadah berbuka bersama-sama dengan bonda tercinta.. Malam hari pulak setelah selesai memenuhi keperluan wajib/sunat aku meneruskanlah tugas2 lain yang dah lama aku tangguhkan....jeng..jeng..jeng..mengubah skin pada blogku ini..Sebenarnya aku ni bukan expert bab2 ni..pakai letak jer la..janji wajah bertukar..biar segar biji mata ni..

Apapun..kepada rakan-rakan blog.. " Selamat Menjalani Ibadah Puasa" dan semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan segala amalan yang kita lakukan diberkati dan diterima olehNya..amin
Sekian dulu untuk malam ini..ngantuklaaaa..nak bangun sahur pulak!! Daaaa