Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

05 Februari 2009

Tema Keluarga Saya

Assalamualaikum...


Tema Keluarga Saya merupakan tema yang digunakan pada minggu ke-4, seronok rasanya membincangkan topik keluarga dengan kanak-kanak. pelbagai cerita dari rumah yang dibawa mereka..malah cerita mak dan ayah sekali...he..he..macam2! Ye lah murid2 ni tulus orangnya..bak kata orang tua2..budak2 x pandai bohong..depa cakap apa yang betul..ye tak? Antara aktiviti yang saya lakukan dengan murid saya ialah membuat mobail rumah yang mengandungi gambar keluarga...Bila diminta sahaja oleh guru supaya membawa gambar kelaurga...mmm..bukan main seronok lagi depa ni..Nak tahu..sampaikan gambar atuk dan nenek waktu muda2 pun dibawa!! Tak tahulah nanti atuk dan nenek cari gambar depa waktu muda2 dulu..haa..tau2 dah dibawa dek cucu atau cicit ke sekolah..meh! Haru biru jadinya..Gambar mak saudara ngan boyfriend pun ada..lawak betul!! Tapi apapun..mereka tetap bawa apa sahaja yang cikgu suruh..bagus!

Apa yang kami buat yer..

1. Mula2 guru membuat lakaran bentuk sebuah rumah pada manila kad

2. Guru dan PPM kenalah berkorban sikit masa untuk menggunting lakaran tersebut untuk memudahkan aktiviti murid ( bukan apa kadang murid2 ni agak lambat bab2 menggunting ni)

3. Kad tersebut ditebuk beberapa lubang dengan 'penebuk kertas'. (ini untuk murid memasukkan tali dan menggantung gambar2 tersebut)

4. Sebelum menggantung gambar2 mereka, biarkan mereka mewarna dan menghias rumah2 tersebut dengan kreativiti masing2..mereka memang suka!

5. Murid2 akan melekatkan dgambar setiap ahli keluarga pada sekeping manila kad yang dipotong kecil dan ditebuk satu lubang (bahagian atas)

6. Murid akan menggunakan tali untuk mengikat gambar2 tersebut pada rumah yang telah siap tu la..

7. Maka siapkan gambar yang tergantung2 tu.

8. Bila murid pulang, guru kenalah mulakan kerja panjat memanjat..ye lah kena gantung gambar tu kat mana2..pasti keesokannya bila murid2 datang mereka akan teruja dengan hasil kerja mereka...dan memang terbukti...murid2 saya menjerit keseronokkan!!
Nah..lihatlah aktiviti yang kami lakukan pada minggu tersebut...sorilah kawan2 x sempat nak snap foto waktu murid2 buat aktiviti..ni jer yang ada pun...hasil kerja murid2ku..




Inilah keluarga Dayana Dafina Mehtab dan Keluarga Nur Izzyani..



Ini pula keluarga Wan Mifzal Mustaqim...



Ini pula gambar family Irdina Iman..murid pintar kelas kami..

Sekian sahaja untuk kali ini...wassalam..









1 ulasan:

  1. sis, rasa2 aktiviti ni mengambil berapa minit erk untuk siap sepenuhnya. .

    BalasPadam