Semalam saya ada menulis tentang tema keluarga, hari ini saya sambung lagi tentang tema Anggota Badan pula. Kami akan meneruskan tema ini selama 2 minggu (minggu ke 5 dan ke 6). Rasional kami menggunakan tema ini selama 2 minggu adalah untuk membolehkan murid2 betul faham dan mengenal anggota badan serta fungsinya..ye lah kekadang murid ni cepat lupa.. tema anggota badan ni saya rasa agak penting kerana murid bakal mengenal dan mengexplorasi anggota badan mereka untuk tujuan mengenali diri sendiri dan juga orang lain.
Apa yang penting disini ialah...saya telah mencuba dan menggunapakai bahan2 yang saya beli dari cikgu fauziah (skdua)..memang sangat2 bermanfaat dan murid saya amat menyukainya..lagi pula lembaran yang disediakan amat bersesuaian dengan tahap IQ murid2 prasekolah..Terima kasih k.g!! Selain itu, saya juga mendapatkan bahan2 ini daripada laman2 web yang lain. Rakan2 boleh dapatkan bahan2 ini daripada link bbm utk cikgu pra yang saya dah sediakan disebelah kanan portal saya okey..cubalah explore, banyak yang akan anda temui..percayalah anda x akan sukar lagi membuat aktiviti untuk murid2..
Ini aktiviti menggunakan koordinasi mata dan tangan..kami buat "Keretapi ABC". Mula2 murid2 akan mewarna gerabak masing2 dengan kreativiti mereka (saya buat aktiviti ini dalam kumpulan, di mana setiap orang murid diberikan beberapa gerabak yang mengandungi abjad antara a-z dan setiap orang tidak akan mendapat abjad yg sama..kerana mereka akan menyambung abjad tersebut mengikut urutan pula!)
Setelah siap mewarna..mereka akan menggunting gerabak tersebut dan akan menyambung gerabak2 tersebut..Naah..tengok Hariz ni..tekun sungguh dia menggunting..cermat dan kemas pulak tu! Hariz lah murid pertama yang menyiapkan gerabak2nya..
Ini pula kumpulan yang satu lagi..juga sedang asyik menyiapkan tugasan supaya dapat menang kumpulan paling cepat buat kerja..he..he..cikgu ni suka gempak!!
Tengok!!..Hariz dah siap cikgu...Dengan bangganya Hariz menunjukkan hasil kerjanya pada saya.
Inilah gerabak yang hampir siap...cuma menunggu gerabak daripada rakan2 sahaja..dan setiap kumpulan dapat menghasilkan "Keretapi ABC" masing2..seronok tau!
Hasil2 mereka ini juga boleh kita gunakan untuk menghias kelas..boleh la tampal kat dinding ke atau kat mane2 yang rasa sesuai..tq
"Mari Lukis Muka"
Ini pula aktiviti yang memerlukan murid melukis bahagian2 pada muka..murid lelaki saya berikan gambar muka lelaki dan murid perempuan saya berikan mereka wajah seorang perempuan..yelah mereka mesti la suka lukis wajah kepunyaan masing2..Bahan ini saya cetak dari CD yang saya beli daripada cikgu fauziah..saya hanya fotostat dan beri jer pada murid2.
Tengok tu..mereka sedang khusyuk melukis..mata..hidung..mulut..kening..ada yang tak tahu pulak..asyik kata alaaa...cikgu saya x leh lukis..x pandai laa..saya tetap menyuruh mereka melukis..apa sahaja yang mereka boleh lukis..x cantik x apa..janji cuba untuk menyelesaikan masalah mereka tu..
Murid lelaki dan perempuan sedang menyiapkan lukisan mereka..Lukisan kanak2 ni kadang2 kita lihat boleh melangkaui umur mereka..jadi bila di dalam kelas kita buat lukisan..nanti kita akan jumpa siapa yang kreatif dan berimaginasi tinggi..kan?
Haaa...inilah hasil lukisan mereka..cantik tak?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan