Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

27 Ogos 2009

Sambutan Bulan Patriotisme SKB

Assalamualaikum...
Entri ni sepatutnya dipostkan pada minggu lepas tetapi memandangkan banyak perkara yang perlu dibereskan dulu, maka ia terpaksa ditunda. Rasanya belum terlambat lagi kerana bulan ini masih lagi bulam kemerdekaan. Ok lah...pada 20 Ogos 2009 sekolah kami telah mengadakan sambutan bulan patriotisme sempena dengan sambutan kemerdekaan ke 52. Kelasku tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan majlis tersebut. Murid-muridku diminta untuk membuat persembahan Pakaian Beragam...Sebelum tiba hari yang dinanti murid-muridku macam biasalah...setiap hari bertanyakan aku.."Cikgu..esok ke kena pakai baju lawa2 ke?" Bila dijawab bukan esok.. masing2 mengeluh..yer la kawan dah tak sabar nak jadi model..kadang2 tu sampai parents pun dok asyik call cikgu sebab anak2 mereka dok bagitau suruh beli baju baru la ....mmmm..macam2 karenah budak2 ni..siap tu kata nak pakai baju raya yang mak beli lagi..Jom lah kita tengok apa cerita budak2 ni pada hari tersebut..dan nak jadi cerita pulak..waktu murid2ku ni nak buat persembahan..cikgunya pulak terpaksa keluar dari sekolah sebab menghantar murid tahun 4 yang tiba2 jatuh sakit! Jadi tak dapatlah tengok karenah depa..cuma nasib baik ada PT sekolah yang membantuku menambil gambar budak2 tu..thanks Ima!
Cikgunyer pun nak posing sama dengan anak muridnya laaa...
Murid2 perempuanku ini dah x sabar2 nak tunjuk fesyen ni...
Yang ini geng lelakinya..machooooooo tak??? Afiq tu siap pakai bendera kat badan buat selempang..semangat patriotik yang tinggi..bagus Afiq Izzudin!!
Tibalah giliran GB kami Pn. Asmawati bt Ahmad untuk mendeklamasikan sajak ciptaan beliau sendiri..Cayalah GB kami yang sporting ni!!
Bermulalah acara pakaian beragam mereka..dimulai dengan adik Aina Izzati dengan Jubah Seluarnya..
Yang ini adik Nuradzrin Hakima..malu-malulah pulak dia...heeee
Yang ini adik Nurul Najwa..Wow! Seksinya dik..macam artis ler pulak!!
Aiiya!! Ini amoi mali mana??? He..hee ini adik Irdina Iman dengan tema pakaian masyarakat Cina..Cheongsam..
Adik Dayana Dafina Mehtab dengan gaun ala-ala Inggeris gitu..
dan inilah antara barisan model2 permata bestari skb...cayalah!!
Ini giliran cikgunya la pulak..dapat hadiah daripada GB..bendera 'Jalur Gemilang'..ni nak kena letak kat kereta la..baru semangat kan!
Acara terakhir pada majlis tersebut..murid2 menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dengan penuh bersemangat sekali..
Sekian dulu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan