Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

14 Mei 2010

Kitaran Hidup Ayam

Hari berikutnya..kami buat ini.....kitaran hidup seekor ayam..Bagaimana mula ajar ini...saya buat begini..(terpulang la kat kawan2 sama ada nak tiru @ ada idea yang lebih baik)...
1. Berikan kad2 gambar kepada semua murid (dalam kumpulan masing2)..pastikan setiap murid mendapat gambar yang berlainan ya.
2. Setelah itu, minta murid2 mendapatkan rakan yang mempunyai gambar yang sama dan berkumpul dalam satu kumpulan. (disini murid telah dapat membezakan gambar2 mengikut ciri @ jenis yang sama)
3. Sekali lagi minta murid berpecah dan dapatkan 3 orang rakan dengan gambar yang berlainan...(ayam, telur dan anak ayam)
4. Setelah berjaya mengumpul ahli, murid bolehlah mula membina kitaran hidup ayam dengan melekatkan gambar2 tersebut di atas kad manila.
5. Pastikan murid melabel kesemua gambar yang ditampal.

Bahan2:
1. Gambar ayam betina, telur, anak ayam dan anak panah.
2. Manila Kad
3. Gam
4. Gunting

* sebelum memulakan aktiviti, pastikan guru menerangkan secara ringkas kepada murid kitaran hidup ayam supaya murid lebih faham.

Inilah hasilnya....

Kumpulan ini ada membuat kesilapan pada peringkat awalnya..nasib baik sempat diselamatkan...


So..inilah hasil daripada aktiviti kami pada hari berkenaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan