Karnival Prasekolah untuk Zon 2 Kuala Muda Yan telahpun diadakan semalam..16 Julai 2009 bertempat di SK Sg Pasir Kechil, Sg Petani. Seperti biasa semua sekolah wajib menghantar peserta untuk acara-acara seperti Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, bersajak, hafazan, tarian rampai dan nyanyian dan gerakan. Sebelum karnival berlangsung..kami warga pra bertungkus lumuskan melatih dan 'mendera' budak2 ni dengan cerita2, dan sajak masing2..Maka setiap harilah mereka ini dilatih. Di rumah pun cikgu tetap suruh ibu bapa trained budak2 ni..mau tidak..kena la pulun kalau nak menang..yer tak? Tapi satu jer..tahun ni kami x masuk acara tarian spt tn sblmnya..masalah teknikal! Tak per tahun depan insyaallah kami akan gegarkan pentas tu nanti!! Haa...haa. Jom tengok apa yang berlaku semalam....sebelum tu ucapan setinggi2 tahniah untuk muridku...Irdina Iman kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam acara Story Telling..dengan ceritanya bertajuk "A Little Mermaid". Mari kita tengok aksi2 mereka..(yang sempat aku snap lah!)
Ini pula..adik Muhammad Aiman Syahmi bih Burhanuddin..ceritanya bertajuk "Arnab Berekor Pendek"..berpeluh sakan dia dalam kostum arnab tu...kesian!! Dahla cabutan dpt giliran kedua..tup2 bila masuk kena giliran pertama..mau x terkejut budak tu..Sewaktu sedang asyik bercerita..ekor arnab nak nak dicabut..tak tercabut..alamak ! Kantoi.....tp cerita tetap diteruskan. Terima kasih untuk ibu Syahmi kerana membantu dan menemaninya sepanjang masa. Thanks Ezah!
Karnival tamat lebih kurang pukul 1.30 petang..walaupun kepenatan.kami pulang membawa kejayaan..Story telling tempat kedua, sajak tempat ke-6, mewarna tempat tempat ke-7, dan yang lain2 perlu cuba lagi....x mengapa..
Adios...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan