Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

18 Julai 2009

My Page Pet


pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets

17 Julai 2009

Karnival Prasekolah 2009

Karnival Prasekolah untuk Zon 2 Kuala Muda Yan telahpun diadakan semalam..16 Julai 2009 bertempat di SK Sg Pasir Kechil, Sg Petani. Seperti biasa semua sekolah wajib menghantar peserta untuk acara-acara seperti Bercerita Bahasa Melayu, Bercerita Bahasa Inggeris, bersajak, hafazan, tarian rampai dan nyanyian dan gerakan. Sebelum karnival berlangsung..kami warga pra bertungkus lumuskan melatih dan 'mendera' budak2 ni dengan cerita2, dan sajak masing2..Maka setiap harilah mereka ini dilatih. Di rumah pun cikgu tetap suruh ibu bapa trained budak2 ni..mau tidak..kena la pulun kalau nak menang..yer tak? Tapi satu jer..tahun ni kami x masuk acara tarian spt tn sblmnya..masalah teknikal! Tak per tahun depan insyaallah kami akan gegarkan pentas tu nanti!! Haa...haa. Jom tengok apa yang berlaku semalam....sebelum tu ucapan setinggi2 tahniah untuk muridku...Irdina Iman kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam acara Story Telling..dengan ceritanya bertajuk "A Little Mermaid". Mari kita tengok aksi2 mereka..(yang sempat aku snap lah!)


Yang ini adik Nur Izzyani bt Zulkifli..mendeklamasikan sajak bertajuk "Kasih Sayang Ibu Bapa"

Ini pula..adik Muhammad Aiman Syahmi bih Burhanuddin..ceritanya bertajuk "Arnab Berekor Pendek"..berpeluh sakan dia dalam kostum arnab tu...kesian!! Dahla cabutan dpt giliran kedua..tup2 bila masuk kena giliran pertama..mau x terkejut budak tu..Sewaktu sedang asyik bercerita..ekor arnab nak nak dicabut..tak tercabut..alamak ! Kantoi.....tp cerita tetap diteruskan. Terima kasih untuk ibu Syahmi kerana membantu dan menemaninya sepanjang masa. Thanks Ezah!
Ini adik Irdina Iman bt Khairul Jefni Hisham...tengah berdebar2 menunggu gilirannya bercerita.."A Little Mermaid"..

Semua penonton terdiam..suasana sepi ketika Irdina sedang bercerita...rezeki Dina dapat no.2..seronok x terkira..atuk dan nenek nak datang tengok dia bercerita pun x diberi..gelihati betul!..Katanya takut atuk dan nenek komen..nanti x boleh nak cerita..heee

Ini qari kami..adik Noor Azim Humaidie bin Noor Jazira..tenang bila diberi soalan..tapi sedikit tersilap...x mengapa.. adik rajin dan berani mencuba! Aku kagum dengan anak didikku ini..Walau ditinggal sendirian sementara aku melihat yang lain..dia tenang dan tidak takut..syabas azim!!


Adik Irdina menerima hadiah...bangganya..cikgu dia la..hee.terima kasih juga untuk keluarga dina yang banyak membantu.

Inilah hadiah dan sijil pencapaian yang diterima..TAHNIAH!!


Karnival tamat lebih kurang pukul 1.30 petang..walaupun kepenatan.kami pulang membawa kejayaan..Story telling tempat kedua, sajak tempat ke-6, mewarna tempat tempat ke-7, dan yang lain2 perlu cuba lagi....x mengapa..


Adios...