Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

23 Januari 2009

Bermulanya kelasku...

Prasekolah SK Bedong mula ditubuhkan pada tahun 2006 dan dirasmikan penggunaannya pada 4 Januari 2007. Kelas bermula dengan seorang guru yang mentadbir kelas...saya lah..he..he. Pada permulaan kelas, saya tidak mempunyai PPM lagi..oleh itu segala tugas dan tanggungjawab terletak dibahu saya seorang..Murid yang berdaftar seramai 25 orang.. 11 lelaki dan 14 perempuan.

Semuanya saya buat sorang diri...Dari mengajar, membersih..toilet sekali tau, mengemas kelas dan sebagainya..waktu tu tuhan sahaja yang tahu betapa penatnya. Tapi penat2 pun hati rasa seronok sebab kita boleh buat apa yang kita suka sebab itu kelas kita punya daaa....

Bulan April, saya didatangi oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya, Suryani..katanya ' saya datang untuk kerja kat sini...jadi PPM'..apalgi terkezut dan seronok tak terkira la.. tp sblm PPm sy dtg, seorang guru LPBS datang untuk latihan di sini..sy seronok sbb ada kawan...tapi alih2 x sampai 2 bln..mmm..dia kena tarik ke sekolah yang tak ada guru pra...frust la saya..x dak geng dah!

Tahun 2008...merupakan tahun kedua kelas ini dan segala kekurangan tahun sebelumnya semakin diperbaiki..kelas dah diconteng dan dilukis..tp sikit2 jer sy bukannya pandai sgt..kata org buleeehlah! Kami buat projek kebun..tanam tanaman herba, sayur2...kira leh buat makan la..Murid 2008 juga seramai 25 orang..tp heronya sikit jer 9 orang yang selebihnya..apa lagi heroinlah...Tahun 2008..kejayaan kami adalah cikit2..alaa try2 and cuba2..dapat tempat ke-3 Tarian Rampai dan Story Telling..yg nak tergelaknya..sy ni bukan jenis kaki gelek..ha..ha..ajaq budak2 ni pakai hantam saja...tp adalah sorang waris tu dtg tlg tgk2kan mana yg sumbang..

Tahun 2009..tahun ketiga..tahun ni sy dapat murid yg ok2...hee..yg dah cerdik la..tp ada jgak yg bermasalah..tp insyaallah akan dibimbing sampai buleh!! Hero kali ni cute miut dan heroin pulak ada yang lembut dan ada yg macam hero jgak..yg bestnyer..sorang murid tu dah boleh baca BM dan BI lagi..fuuh terror la budak tu..nama Irdina Iman..

Akan ada banyak lagi benda yg nak diceritakan..tunggu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan