Make your own Glitter Graphics

Pengikut

Jom Layan Iklan Ni...

20 November 2009

Hari Terakhir Persekolahan sesi 2009

Semalam merupakan hari terakhir persekolahan dan kami telah adakan majlis perpisahan, penyerahan murid kepada guru Tahun 1serta sambutan hari lahir bg murid yang lahir Jun hingga Disember 2009. (Majlis diadakan serentak kerana minggu ini merupakan minggu yang paling sibuk).Majlis berjalan dengan lancar dan meriah sekali...kehadiran para waris dan guru-guru amat menyeronokkan kami..walaupun ada dikalangan waris tidak dapat hadir kerana kesibukan kerja...x mengapa. Majlis kami disempurnakan oleh Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Mat Saad bin Arifin dan PK2 yang lain. Ustaz Suhairie pula dengan sukarela membantu kami dengan menjadi pengacara sepanjang majlis berlangsung..
Setelah majlis selesai, tibalah masanya untuk semua murid bersalaman dengan guru dan PPM, serta waris-waris..airmata bergelinangan antara kami..ucapan x putus dari bibir para waris mengucapkan terima kasih dan memohon maaf..sedih betul rasanya..waris2 yang sering sentiasa membantuku tidak  kira masa..alangkah rindunya kami selepas ini. Salah seorang muridku masih dalam dilema untuk bertukar ke negeri lain mengikut ibunya tetapi bila aku memujuknya untuk tetap tinggal di sini...dia terus mengangguk dan katanya..OK cikgu saya akan sekolah disini.nanti boleh umpa cikgu selalu!! (Dia merupakan murid yang paling baik dan bijak dalam kelasku..Irdina Iman...akan kami ingat selama2nya).
Setelah semua waris pulang..tibalah masanya untuk aku dan pembantuku mengemas kelas. Nasib baiklah ada Kak Ina (pekerja sekolah) yang membantu kami dari awal pagi lagi..terima kasih Kak Ina..jasamu tetap kami kenang!!) Guru-guru juga x lokek tenaga..turut sama membantu kami..cuci pinggan..kemas meja dan ada yang sanggup nak lap lantai..ih2 baguih betul la..nak tau sapa..Ustazah Azalina..guru j-Qaf sekolah kami. Hampir semua guru datang ke majlis kami..dan yan terakhir adalah guru2 tahun 6 kerana mereka ni sibuk dengan keputusan UPSR yang keluar..semua guru makan dengan senang hati krn peratusan UPSR tahun ini meningkat lagi!! Alhamdulillah..syukur..
Inilah memori sepanjang majlis pada hari tersebut...





 


 Inilah kek kami..besar tau!!! Sedappppp...

Itulah majlis terakhir untuk tahun ini...dan sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada guru2, kakitangan sekolah dan pekerja2 yang banyak membantu kami melancarkan majlis pada hari tersebut..mekasih ya!!!! DAN esok bermulalah Cuti Akhir Tahun....yeeaaaa!!! Tapi..cikgu x cuti..banyak kerja yang perlu diselesaikan sepanjang cuti ni...nampaknya x dapatlah cikgu nak 'honeymoon'..hu2..
Untuk anak-anak didikku..belajarlah rajin2 dan jangan leka..patuhi nasihat ibu dan ayah serta guru2mu di tahun2 mendatang..yang paling penting...JANGANLAH LUPA PADA GURU PRASEKOLAHMU INI! dan juga UMIE yang banyak membantu dan mengasuhmu!! Kenanglah kami dalam doamu....

13 November 2009

Kursus Orientasi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Pada 8-11 November 2009, kami semua guru2 prasekolah Kuala Muda Yan dipanggil untuk berkursus di EDC, Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus ini adalah untuk mendedahkan kami kepada kurikulum baru yang bakal kami gunakan pada tahun 2010. Kursus selama 4 hari 3 malam ini sangat2 bermakna dan membantu kami kerana KSPK sangat2 baru dan kami belum mengetahui apakah perubahan2 tersebut. Setelah diberi pendedahan...waaaa...rupanya banyak yang berubah dan semakin sukar...mmmm..nampaknya beban guru2 pra semakin bertambah. Masa pembelajaran tidak lagi 3 1/2 jam seperti selalu tetapi telah bertambah menjadi 4 jam!! Kaedah pengajaran juga berubah..dan yang agak menyenangkan ialah kita boleh mengajar basic abjad dan nombor sehinggalah murid2 benar2 menguasainya dan barulah kita beralih kepada tema...itu nampak sedikit ringan tapi yang lain2 tu lah yang beratnya..adussss!! Sabar jelah wahai guru2 prasekolah...itulah tanggungjawab namanya. Disini serba ringkas tentang KSPK yang baru tu...

REKABENTUK KURIKULUM
Ada 2 ciri utama Kurikulum Prasekolah Kebangsaan iaitu :
1. Kurikulum berasaskan standard 
2. Kurikulum berbentuk modular

Kurikulum Berasaskan Standard
Tujuannya adalah untuk ekuiti dan kualiti. Dimana ekuiti bermaksud semua murid diberi pendidikan yang sama dan kualiti merujuk kepada bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang patut murid tahu dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Ia merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria @ indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan.

Kurikulum Berbentuk Modular
Merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit (dinamakan modul). 2 jenis modul diwujudkan iaitu:
1. Modul Asas - terdiri dari komponen bahasa (BM/BI/BC/BT), Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik.

2.Modul Bertema - iaitu modul bersepadu yang merangkumi unsur2 dalam keenam-enam Tunjang dan juga unsur kreatif, kritis dan inovatif. (modul ini dibina menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak)
 

6 TUNJANG PEMBELAJARAN dalam KSPK :
  • Tunjang Komunikasi
  • Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
  • Tunjang Kemanusiaan
  • Tunjang Sains dan Teknologi
  • Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
  • Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid2 prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M. 4M tersebut ialah :
  • Membaca
  • Menulis
  • Mengira
  • Menaakul
Peruntukan Masa Bagi Prasekolah bermula 2010

Slide 1
MODUL
% Peruntukan Masa
TERAS ASAS
BAHASA
BM


Fleksibel
(Awal tahun: 35 %
Akhir tahun: 25%)
BI
BC/BT
MATEMATIK
AKTIVITI  LUAR
PEND. ISLAM / MORAL
BERTEMA
MODUL BERSEPADU
Fleksibel
(Awal tahun: 35%
Akhir tahun: 45%)


AKTIVITI RUTIN DAN PERBUALAN PAGI 
 (baca doa, makan, refleksi)
30%

Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa Instruktional dalam Kelas Prasekolah:

Slide 1
Bil.
Bahasa Instruktional
Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk kelas prasekolah yang bahasa pengantarnya:
(minit)
Bahasa Malaysia
Bahasa Pengantar lain
1
Bahasa Malaysia
600
400
2
Bahasa Inggeris
600
400
3
Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Inggeris


400


JUMLAH
1200
1200

Peruntukan Masa 1 Minggu untuk Prasekolah yang menggunakan bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia :

Slide 1
Bil.
Modul
Peruntukan Masa Seminggu untuk  prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa Malaysia (minit)
Dijalankan dalam BM
Dijalankan dalam BI
1
Rutin pagi
30
20
2
Perbualan Pagi
60
40
3
Rehat
90
60
4
Refleksi sebelum balik
30
20
5
Modul Teras Asas Bahasa Malaysia
90


6
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BM    
100


7
Modul Teras Asas Bahasa Inggeris


90
8
Modul Bertema yang dikendalikan dalam BI


330
9
Pendidikan Islam/Pendidikan Moral




10
Aktiviti Luar
40
40
11
Matematik
40


Jumlah minit seminggu
600
600

Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia :

Slide 1
Bil.
Bidang Pembelajaran
Peruntukan Masa Seminggu untuk prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan BM
(minit)
Dijlnkan dlm BM
Dijlnkan dlm BI
Dijlnkan dlm BC/BT
Jumlah
1
Rutin pagi *
10
20
20
10 x 5 = 50
2
Perbualan Pagi
20
40
40
20 x 5 = 100
3
Rehat
30
90
30
30 x 5 = 150
4
Refleksi sebelum balik
10
20
20
10 x 5 = 50
5
Modul asas BM
90




90
6
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BM
200




200
7
Modul asas BI


90


90
8
Modul bertema** yang dikendalikan dalam BI


140


140
9
Modul asas BC/BT




90
90
10
Modul Bertema yang berunsurkan Pendidikan Moral yang dikendalikan dalam BC/CT /Pendidikan Islam




120
120
11
Permainan Luar ( satu hari dalam BM, satu hari dalam BI)
40


40
80
12
Matematik




40
40
Jumlah minit seminggu
400
400
400
1200

* Rutin Pagi :
Aktiviti rutin adalah penting dalam pendidikan prasekolah. Aktiviti rutin merangkumi aktiviti seperti pengurusan diri, perbualan pagi, refleksi sebelum balik, membaca doa dan makan semasa rehat. Aktiviti rutin mengambil lebih kurang 30% daripada masa prasekolah. Kandungan dalam aktiviti rutin pula merangkumi kesemua tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).

Setakat ini dulu...untuk lebih detail tunggu en3 yang seterusnya.. kepada guru2 pra..jeng3.jangan terkejut ya!! Sabar jer laaaa...



07 November 2009

Hari Pertama Persekolahan

Post ni sepatutnyer diletak lst year..tp dah slalu ubah skin n mcm2 lg..terus lupe..tp aku ttp nk post jugak..even dah basi heheheee.....
Pengalaman di hari pertama persekolahan..mmm..memang mencabar dan perlu banyak kesabaran...ye lah apa taknya..pelbagai karenah kanak2 kecil ni..ada yang tak mau masuk kelas, ada yang dok tepi dinding..x mau buat apa2..ada yang menangis dan yang tak tahannya...meraung2..waah..memang mencabar..mmm..kalau tak tahan..buleh gegaq dunia dibuatnya! Haa...

Yang sorang ni..what a cute boy!..tapi nak tau apa jadi pada dia 1st day...nangis dan nangis sampai x ingat dunia..yg si emak pulak dok tunggu anak kat luar kelas...ni yang kadang2 menyusahkan kami..ye lah, yang kita dok pujuk anak dia suruh 'calm down'..yang dia dok terjenguk2..apalagi..si anak ni mulalah meraung2..hmmm..siap tendang2 pintu lagi..sampaikan saya nak kena kunci kesemua pintu yang ada dalam kelas..takut terlepas..he..he.. Dialah Arif Danial..dan nak tau apa kelemahan dia....'POLIS'..hah..nasib baik lah terlintas di kepala ni..terkeluar perkataan polis....apalagi tgh2 dok meraung tu...senyap terus!! Lega kami..akhirnya si emak pulang sbb si anak dah senyap...hai...

Bagi murid yang ok...tak pa lah kita boleh bagi depa main atau buat sesuatu...yang bijak pandai pulak asyik dok kelui cikgu...cikgu...cikgu..ni dia nangis lagi..ni dia x mau tu..tak mau ni..heeei..fening kefala dibuatnyer...tapi..kadang2 nak tergelak jugak sebab..macam2 perangai budak2 ni...

Nak diceritakan pengalaman tahun lalu..PPM saya jadi mangsa 'dera' oleh seorang murid..yang x mau masuk kelas..terjerit2 dan terlompat2...xmau masuk..x mau masuk...PPM saya pegang la tangan dia..dan cuba pujuk..tau apa yang jadi.........nngggaaaaaaaaaaaap!!..huuuu dia gigit tangan PPM saya..apalagi...aduuuuuuuuuuuiiii katanya..nak terkeluaq air mata..menahan sakit..heeee..kesian dia. Katanya itulah pengalaman pahit yang pernah dialaminya...(sayang sekali sy x sempat ambik gambar waktu tu..)

Yang sorang ni pulak..Hanis Hazirah....muka dia lebam dan bengkak waktu 1st day mai sekolah..kata ayahnya, dia jatuh basikal..memang teruk jgaklah kalu diperhati..nasib baik x kena mata..kalau tak..mmmm. Si cantik molek ni pulak..mula2 x nak masuk kelas sbb malu takut cikgu tgk muka dia....adegan pujuk memujuk mulalah...akhirnya dia nak masuk kelas tapi x nak dok ramai2 ngan kawan....dok menyorok kat belakang kelas...dalam dok menyorok tu pulak..hee..dan lagi dia dok main alat2 muzik..siap bunyi keletung..keletang lagi..ni merajuk ke syok sendiri..tak tau lah..dalam hati saya ni..dok tergelak sbb x padan ngan muncung awal2 pagi! Kawan2 lain apalagi...ciiiikguuuu...nak main cam dia jgak.....nak dok kat dia jugak....mmm kenalah kami pujuk memujuk yang lain pulak..
Macam tulah perangai budak2..emosi depa ni x tentu..sat ok sat x ok...kena banyak sabar jer..

Bagi yang dah biasa dengan saya dan kelas ni..dialah pulak yang jadi cikgu pulak...haaiii..mana taknyer..siap kata 'semua orang kena ikut saya ok!'..yelah dia murid th lepas (5 tahun) dan thn ni sambung lagi...Nama Dayana Dafina..ni cucu GB saya yang dulu2..comel budaknyer. Satu yang saya suka si comel ni..dia cepat dapat menguasai apa yang diajar dan senang mengikut arahan..sebab tulah katanya.."tuk kata Dayana kena jadi budak baik, kena tolong cikgu dan umie sebab Dayana 'orang lama'..cikgu...kalau Dayana baik..cikgu nak bagi saya jadi Ketua Darjah tak?"...hee..he..aduuui hai...kesian la pulak!..

Nak tengok gelagat budak2 ni masa awal2 tahun?..Haa kat bawah ni adalah beberapa keping yang sempat saya 'snap'...
Yang ni Wan Mifzal Mustaqim...dok sibuk nak betulkan seluar dia..katanya x betul...takut cikgu marah..hee. Tengoklah ibu2 kat belakang tu..sibuk menulis nama kat kasut anak2..maklumlah takut tertukar nanti..


Yang ini pulak...murid yang paling kecil dalam kelas...Nur Anis Zulaikha..walaupun berumur 6 tahun tp kalau dilihat fizikalnya.mcm kanak2 umur 4 tahun...memang kecil..x caya? Tapi dia ok..x de kerenah..relax jer!


Yang inilah Arif Danial..budak cute kelas kami..tapi..tu dia sekali buat perangai...kecoh kelas dibuatnya..Waktu ni x pa lah sbb ada si emak...tengoklah nanti..dia buat stunt!..He..he



Haa.. ni lah keje Danial..asyik nak lari jer..terpaksalah kami kunci segala pintu...sebelum tu dia dan terlepas..apalagi..PPM saya 'ligan' bagai nak rak..fuuuh! Letih dibuatnya...tapi kini dah hampir sebulan..dah x ada lagi benda2 camtu..semuanya dah ok..Danial ni murid yang 'smart' sebenarnya...cuma terlebih manja jer..


Yang ini pula antara yang kami lakukan pada awal persekolahan....biasalah..kena latih supaya lebih berdisiplin..waktu makan kena baca doa sebelum...selepas..yang x syoknya kelas kami ni x ada ruang makan khas..nak makan di dapur..alahai sempitnya..nak makan dalam kelas..lagi la tak 'celuih' kata orang utara..so kami buat keputusan..makanlah di ruang luar sambil sedut udara..kalau sejuk..sejuklah..kalau panas...panaslah..heee..pas tu pulak kena makan sambil bersila..itu tak pa kan..antara salah satu cara makan orang melayu kan?




Ni la PPM saya..tengah menyiapkan hidangan untuk murid2ku..yang sedang kelaparan...tahun ni bdk2 semua jenis yang kuat makan...sampaikan 11 pot beras pun x cukup tau...makannya mengalahkan orang dewasa..tp apapun kena control jugak nanti kan obess pulak budak2 ni..



Inilah anak2 ku sedang menjamu selera....menu hari tu "mee goreng sayangku"...haa siap ada nama khas lagi tau..


Tengok si Danial tu..cmne dia makan..mmmm..dia masih x dpt menggunakan seluruh jari jemarinya untuk makan..yang dia tahu hanya guna 2 jari jer...sbb tu lah makannya ambil masa yg lama...tp kami sentiasa memantau cara dia makan..dan nampaknya akhir2 ni dahpun dapat makan dengan baik...

Waktu ini pulak..murid2 di bawa ke tapak perhimpunan..untuk menyesuaikan diri dengan rutin sekolah yang sebenar..kena beratur, pakaian kena kemas, tak boleh buat bising..haaa nanti GB marah!! Hee..he..



Tengoklah tu..bukan main sibuk PPM saya melayan karenah murid2 yg tak sabar2 nak pulang ke rumah..sampai kan berebut2 nak pakai kasut...ada yang tertukar lah mcam2 lagi..wpun begitu kini mereka lebih berdisiplin dan patuh pada arahan guru dan PPM. Untuk pengetahuan, sebelum pulang kami akan membaca doa...ucap terima kasih...dan tak lupa membaca Rukunegara supaya mereka sentiasa ingat dan faham..nyanyi2 tu mestilah..tu yang seronok..dan inilah rutin yang perlu dilakukan semasa waktu penamat kelas..kalau boleh jadikan ketua darjah tu sbg 'penghulu' yg baca doa dan Rukunegara tuuu..mesti depa seronok!!
Itu saja lah setakat ni..nanti kita sambung lagi...

Lawatan Ke Perlis

Program lawatan kami pada tahun ni adalah melawat Negeri Perlis Indera Kayangan. Lawatan telah diadakan pada 3 Julai 2009 tapi baru saat ini aku dapat postkan en3 ni..memandangkan weekend ni aku free so dapatlah aku update blog ni banyak2..Jom tengok kami pi mana...








06 November 2009

Pondok baru kami

Dah lama kami impikan untuk membina pondok di prasekolah kami ni..dan akhirnya..impian tersebut dimakbulkan Allah..alhamdulillah!! Berkat usaha dan sumbangan tenaga, bahan serta kewangan daripada waris2 prasekolah..sebuah pondok telah berjaya dibina...jeng3..seronok rasanya! Fizikal pondok dahpun siap tetapi bab mengecatnya yang masih tertangguh..haa yang ini giliran waris 2010 la pulak untuk meneruskan kerja2 mencantikkan pondok tersebut..Proses membina pondok ni taklah lama sangat..mengikut perkiraanku adalah dalam 2 minggu..termasuklah menunggu bahan2 mentahnya..tapi yang paling mahal adalah papan tu..mmm..banyak jugak modal yang diperlukan untuk menyiapkan pondok tu..tapi x per..kira kongsi2 la kan...
Mai tengok pondok kami ni....ada sesiapa nak bagi idea nak namakan apa pondok kesayangan kami ni????

Inilah hasilnya...cantik tak?? He2 haa..ada yang nak tiru ke? harga pelan leh runding..boleh nego (kalau dalam mudah.com he..he.. x der la just joking..)













Jom Belajar Origami

Nak buat origami x reti yer..haa jom ke link di bawah ni kalau nak belajar..aku baru terjumpa bahan ni..yer la sambil layan tenet ni aku terjumpa benda ni...
 


dan ada video lagi..cara-cara membuat origami..



Selamat mencuba kawan-kawan.....

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Kedah

Karnival Prasekolah Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 1 November baru2 ini di SK Bandar Darulaman Jitra, Kedah. Seawal jam 7.00 pagi aku sampai di PPD KMY untuk menaiki bas ke sekolah tersebut. Ingatkan aku orang yang terakhir rupanya..aku orang ketiga terawal..rupanya anak muridku sampai dulu..waaahhh semangat betul!! Kata atuknya..Irdina x sabar2 lagi nak pergi..pukul 5.45pg dah bangun!Tunggu punya tunggu sampai semua org dah ada tp batang hidung bas pulak x nampak2...jam nenunjukkan dah hampir 7.45pg..semua orang dah risau..mana taknyer sekolah tu jauh! Akhirnya jam 7.50 bas sampai dan kami semua bergegas menaiki bas..aku pulak baru dimaklumkan oleh JU selaku penyelaras kontinjen, yg sekolah kami mendapat giliran no.1!!! Alamak...kantoi..irdina x sempat dimakeover lagi ni...camna??? So, bas jalan jer aku mulakan proses makeover la..yg mana leh touch up aku godek jer..irdina plak sporting..ok jer diam macam patung!! Siap tanya dulu.."nape kita kena makeup kalut2 cikgu?" Ye la kita kena no.1..Dina!."Haaa!...ala x per la cikgu Dina nak hafal lama dah..." Sejuk rasa hati aku dengar Irdina kata cam2..
Sampai saja kat sekolah tu aku bawa Irdina terus ke bilik persalinan..satu lg masalah pulak! Cari bilik x jumpa...akhirnya aku pujuk Irdina tukar cam2 jer..makeup tambah sikit dan terus ke kelas prasekolah..dimana pertandingan story telling diadakan. Pukul 9.30 pertandingan dimulakan..Seronok juga tengok budak2 kecil ni bercerita..petah2 semuanya..siap dengan pelbagai jenis kostum..ada tu yg sampai tuannya pun tenggelam dek kostum yg terlampau besar...he3..1 jam selepas itu, keputusan diperolehi..dan Irdina hanya mendapat Saguhati...huuuuu..kesian dia.. sambil terpinga2 dia bertanya..."Kenapa saya dapat saguhati cikgu?" Aku nak jawab camna yer..??? Mungkin rezeki x menyebelahi kita Dina..x pa kita cuba lagi lain kali...Johannya dari Daerah Kota Setar dan Naib Johan serta tempat ke-3 dari Padang Terap.
Ini antara memori yang sempat di'clik'..oleh lensa kameraku..



Lawatan PPD

Sebenarnya En3 ni dah lama nak dipostkan  tp faham2 lah kena peram dulu sebab byk benda yg perlu diselesaikan.. Pada 17 0gos 2009 yang lalu Penyelia Kanan 1 dari PPD KMY telah datang ke kelas kami untuk pemantauan..Pegawai tu ialah Pn. Paridah bt Yahaya..baik dan peramah orangnya, malah kami tidak kekok untuk berbicara dengan beliau. Lawatan tu mengejut..kami semua tidak diberitahu..tp x pe..apapun hari tu semuanya ditanggung beres. Murid-murid waktu tu tengah bersiap sedia untuk kudapan..so, semuanya masing-masing sibuk nak tahu sapa yang mai...Nasib lah bebudak ni x buat hal..kalau tak 'jenuh' jugak kata org kedah! Apa yang ditengok? Biasala..fail2, keceriaan, dan sekeliling kelas..kata Pn Paridah.."Terima Kasih cikgu..semuanya OK..tahniah!" Heee..hee kembang semangkuk rasanya!! Beliau mencatat penilaian pada sekeping borang dan menyerahkannya kepada aku..Alhamdulillah semuanya OK dan mendapat komen yang memberangsangkan..insyaallah akan dipertingkatkan lagi utk tahun2 akan datang.. Inilah borang penilaian yang diberikan: 


Selepas memantau di dalam kelas..Pn Paridah mengajakku melawat ke bangunan baru prasekolah yang bakal kami duduki kelak..beliau kagum dengan rekaannya kerana ianya luas dan mempunyai ruang yang sangat sesuai..katanya.."Cikgu..cantik kelas ni..nanti buatlah yang terbaik..mudah2an jadi sekolah contoh nanti!"...fuuuuu...berat jugak rasanya..mana xnya..macam kelas baru nak tubuh la..semua nak kena buat baru..macam2 lak tu...tp x apa tu cabaran yang perlu disahut kan...itulah kerja cikgu pra..sapa kata cikgu pra banyak rileks?? Acu cuba try test..haah baru tau!! bak kata Nabil..Luu Pikir Laa Sendiriiii...



Entah apa yang dibualkan....